http://syahv.blogspot.com/

simply me

Friday, December 30, 2011

suka duka 2011

salam semua..dah bersawang dah blog ni..lama sgt tuan tanah xupdate apa2...sebab kemalasan melanda nak menaip...huhuhuhu..

sedar xsedar, hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2011...malam ni mesti ramai yg pergi sambut new year, tgk bunga api n countdown bagai..org2 kat shah alam n klang ramai yg dgr2 nak ke i-city..aku?hmm..duduk kat umah je kot...tgk bunga api dari umah je...esok en husband kena keje..xlarat rasanya nak g mana2...

2011..banyak perkara dah berlaku sepanjang tahun ni...pertambahan, pemergian saudara..pertunangan, perkahwinan, pendaftaran..n peningkatan hidup bagi keluarga kami..

Pertambahan

Tahun 2011 menyaksikan pertambahan ahli baru dalam keluarga saudaraku..
Bermula dgn Acap n Kak Ros..baby Najwa Sofea menjadi peneman si abg Najmul Haq..Ajib n Kak Ani, baby boy untuk menjadi geng Fariz..Kak Ude n Cik Odin menyusul dgn kelahiran seorang lagi hero selepas Ammar..dan terbaru Abg Epi n Angah pula dgn heroin memecah trend hero untuk beberapa kelahiran..sepasang sudah anak mereka..

Sebelah abg pulak, kelahiran yang ditunggu2 setelah bebrapa tahun bagi pasangan Ila n Zamri, dgn baby Kyra serta pasangan Kak Ina n Abg Saiful, dgn baby Haikal melengkapkan hidup keluarga mereka kini...Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka, rumah dah xsunyi dgn tangisan bayi..hehehe.. and baru je semalam dapat tahu kak ida n abg shidi dah bagi adik lelaki kat nurin...excited la amoi 2 dapat adik...hehe..now, tunggu turn kak izza abg mie je nak bersalin..

Kawan pulak, Sha, dah selamat melahirkan Adam Mei lepas..Maira dah dapat adik..alhamdulillah dah sepasang jugak anak diorg..Eton pulak dah jadi mak buyung..tunggu due hujung feb 2012 je...pae pun sama..tp xpernah jumpa lagi dia since dia preggy..camne la rupa exhousemate aku 2..semoga kedua2 mereka selamat melahirkan anak..

Pemergian    

Xramai yang aku ingt..tapi sedara terdekat, arwah Tok Ucu n Tok Uda meninggal selang beberapa hari sahaja sewaktu raya lepas..dah xade atuk lagi sebelah mak abang...sebelah abah pulak, yg lagi mengejutkan apabila mendapat berita pemergian arwah kak lilik anak mak long..xsempat mengenali arawah sgt..sepnjg perkenalan dgn abg, kalau xsilap xsampai 5 kali pun kitorg jumpa..semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah..

Pertunangan & Perkahwinan 

Awal 2011, masa cuti CNY, ica, sepupuku melangsungkan pertunangan dgn pilihan hati dari terengganu, en ikhwan..dan baru sahaja melangsungkan walimah mereka cuti Krismas yang lepas..ops, baru perasan, 2-2 majlis masa cuti perayaan..hehehe





Pae n Jepp pula selamat diijabkabulkan Mei lepas...sempat jugak smpai majlis diorg walaupun xsempat nak jumpa ex-sek 6..




Dayah n Rey pulak diikat pada Januari dan selamt disatukan 9 disember lepas..sorry 4 not able to attend ur wedding dear..it's so happen dat i don't have any leave n at d same time mia had fever until she had no voice..



Semoga korg semua sentiasa bahagia smpai ke syurga dan dikurniakan cahaya mata sebagi penyeri rumah tangga...=)

Pendaftaran

Mula dgn Kamil..lepas dapat result PMR hari 2, alhamdulillah adik bongsuku dapat tawaran ke SBPI Selandar...sib baik budak mamat ok kamil  nak masuk hostel...aktif betul budak 2 masuk sbp..

Budak ct nyomah2 pulak meneruskan pengajian asasi Tahun kedua dia kat UM selepas setahun di kelantan..sangat ramai org yg mendaftar hari 2 ok..sbb budak2 PASUM pun mendaftar pada hari yang sama..lama betul tunggu..budak ni lagi la..dah duduk kat UM, busy semendang..ada je aktiviti nak dijoin dia..

Percutian

tahun ni kira dua kali la pergi bercuti relakskan minda, mengeratkan silaturrahim..1st pergi pertengahan bulan tujuh hari 2 dgn family belah aku..keluarga zaid supiah (my atuk2)..even xsemua dapat join tp xpe..Hutan lipur Sg Tua jadi sasaran..bbq n mandi air terjun..xpuas lagi, lepas kat sana, family kitorg smbg ke Sg Ulu Kalong, mandi air sungai pulak..short but enjoyable trip..









cuti awal muharram, hujung bln 11, family sebelah abg pulak, (keluarga Muhamed), bercuti-cuti Malaysia kat Pahang..destinasi dituju adalah Gambang Waterpark..saje la sempena cuti sekolah, bawak anak2 main air..kat sini agak xpuas sebab anak dara 2 takut air..mama yg suka main air ni terpaksa la tgk je org main air..the next day plak, otw balik boleh pulak singgah air terjun Janda Baik sbb ada yg mencadangkan ke air terjun...kitorg pilih Janda Baik sbb tempat 2 dalam perjalanan kitorg balik je..so xde la nak kuar masuk jauh2..n jimat masa..




tahun ni jugak, mia genap setahun...mama dia nak sgt wat majlis sambutan hari lahir dia..so plan la dgn en husband n family semua 4 the day..jemputan xdelah ramai sgt...tp xmenang tangan jugak nak layan tetamu..puas hati sebab semua masak sendiri except 4 the bday cake n cupcake...mia pulak agak kejutan budaya sikit tgk org ramai2..asyik nak berkepit je..tp bila dah malan excited tgh hadiah dia mcm2..hehe..thanks tuk semua yg hadir n juga hadiah tuk si kecik 2... 









satu lagi benda..teringat pulak, tahun ni mamat menduduki SPM..dia sorg je yg ada pekse besar tahun ni...dan bebrapa bulan sebelum SPM, tangan dia patah sebab terjatuh waktu main futsal..dah bersimen tgn dia..pas2 kena pantang makan semua..alhamdulillah, sempat baik sebelum SPM..kalo x, haru jugak nak jawab SPM kalo tgn xbaik lagi..



itu je kot yg ingt untuk diceritakan utk tahun ni..semoga 2012 akan menjadi lebih baik bagi kita semua..amin...peace yaww...   

  

Monday, December 5, 2011

10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
  • Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
  • Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  • Dicipta Adam a.s.
  • Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  • Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  • Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  • Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
  • Selamat Musa dan pengikutnya.
  • Lemas Firaun.
  • Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  • Diangkat Nabi Isa kelangit.
  • Diangkat Nabi Idris ke langit.
  • Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  • Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  • Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  • Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  • Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  • Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  • Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri .
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah.
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah.
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak.
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali.
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
copy paste dari blog afzaiafandi..terima kasih ye..
 
 
marilah kita sama-sama berlumba mengumpul sebanyak mungkin 'bonus' sempena hari Asyura ini..
 
 

Sunday, December 4, 2011

betapa KEMATIAN itu hanya sesaat....

kepada sesiapa yg agak2 lemah semangat n mengandung, xperlu la baca entry ni coz org yg menaip ni sendiri dah agak hilang semangat...

this morning, pergi keje, sudah agak lambat disebabkan heavy traffic, hari isnin kan..sampai tempat hubby dah 8.50am..apa lagi, kelam kabut la drive tp masih mementingkan keselamatan di situ ye kengkawan...saya sayang family n diri saya..peace..

smpai kat simpang Giant Kota Damansara (sesape yg duduk or kerja area ni sure tau), traffic lite tgh bertukar warna dari hijau ke kuning dan ke merah..oleh kerana keta aku n keta depan aku agak jauh dari traffic light masa tgh bertukar warna 2, kitorg dah standby tekan brek awal ready tuk berhenti..kitorg kat lane plg kanan, kereta lane belah kiri pun dah berhenti sama2 dgn kitorg..

then, 2 buah motor (motor yang pertama lebih dulu gerak dari motor kedua) n kereta kat side bertentangan kitorg dah standby nak jalan..motor of course la dah jalan dulu lepas diorg tgk lane depan dah clear.. suddenly sebuah bas dari arah kitorg, potong lane tepi dgn laju(fyi, kat situ cuma ada 2 lanes).. Ya Allah, hatiku dah terdetik..accident jugak kejap lagi ni..sbb masa yg sama 2 motor yg pertama tu tgh nak masuk simpang bila bas 2 memecut..

tanpa brek yg mengejut ataupun bunyi emergency brake, tetiba bas 2 berhenti..astagfirullahhalazim..aku rasa mmg bas 2 dah langgar motor..at the same time, lampu bertukar hijau..kitorg pun gerak la..Ya Allah, aku nmpk kaki pembonceng (perempuan) motor pertama dah ada betul2 kat tayar tengah bas..xbergerak..nmpk driver bas 2 menjengah ke arah sisi bas smbil mengeleng kepala..bila aku lalu betul2 depan bas, aku nmpk sorg lelaki ada kat bawah bas, sedang dibantu untuk bangun, oleh beberapa orang yang kemungkinan adalah penumpang-penumpang bas tersebut..

terus dada berdebar..aku ingt motor 2 masih sempat mengelak walaupun kemalangan mmg pasti berlaku kalau dilihat keadaan masa 2..tp kebarangkalian besar satu nyawa terkorban...mungkin hanya satu..tp aku pun xpasti sebab penunggang motor pertama 2 aku nmpk pada awalnya berkot/sweater hitam, tp lelaki yg aku nmpk dekat depan bas 2 memakai baju merah...harapnya dialah penunggang motor pertama, xde mangsa lain...

sepjg jalan yg hanya berapa KM tuk ke office 2, dada berdebar2, kepala pun pusing, tekak jadi loya macam nak muntah bila memikirkan kejadian td..baru sesaat aku nmpk pembonceng motor 2 melintas jalan, sesaat selepas 2, jasad dia dah kaku kat bawah bas..Innalillahiwainnailaihirajiun..kalau dia ada anak, xdapat nak bayangkan perasaan anak dia..semoga keluarga itu tabah...Al-Fatihah buat si mangsa..

Ya Allah, Kau lindungilah kami sekeluarga dari sebarang musibah, kecelakaan, hasad dengki dan gangguan syaitan. Peliharalah keluargaku Ya Allah.Semoga kami semua sentiasa berada dalam lindungan-Mu..Kau tetapkanlah iman kami agar kami sentiasa berada di jalan-Mu..amin Ya rabbal ala amin..

Sesungguhnya mati itu pasti seperti janji-MU...      

Friday, December 2, 2011

meow..meow....

hari sabtu yang malas..huhuhu...

mlm td masa baru nak masuk umah, tetiba dengar bunyi anak kucing mengiau..si mia bila dah dgr meow dia, pe lagi, terus cakap"ma..meow"..dia terus turun dari dukungan, n mencari mana datangnya bunyi anak kucing 2..aku ingat ada kat umah tingkt bawah2, so xde la mencari..

tetiba mia jerit dgn excited "ma..meow..meow!" sambil jari dia menunjuk ke hujung tangga...mama ingat mia sesaje je tunjuk pas2 bila mama tgk betul2, rupanya ada 2 ekor anak kucing tgh merayap kat hujung tangga sambil mulut bising mengiau-ngiau...

kitorg pun g la tgk anak kucing 2...comelnya..dah la 2-2 putih..kitorg tgk sekeliling cari  mak kucing, tp xde..aduhai, kesiannya..mesti diorg sibuk ngiau2 mencari mak diorg..



mia dah excited tahap gaban dah nmpk anak kucing..lari sana-lari sini, jerit panggil walid dia bgtau de anak kucing, smpai satu blok boleh dgr la agaknya dia menjerit2..yg xboleh tahan, dia boleh genggam leher anak kucing 2..dia budget nak pegang, tp budak lagi kan, so xreti...terpaksa lepuk sikit tangan dia nak bagi lepaskan anak kucing 2..xpasal2 kang masuk kes penderaan n penganiayaan binatang..hehehe

kitorg pun main2 la ngan anak kucing 2..pas2 risau pulak memikirkan kucing 2 merayap kat luar, takut jatuh tangga..mintaklah en suami cari kotak..tp kat umah yg ada cuma kotak kasut..jadilah dari xde..amik baju lama then letak diorg dlm kotak 2..time nak letak kotak 2 kat tempat kitorg jumpa dia, si anak dara kecik 2 boleh pulak angkat balik kotak 2 bawak masuk umah..dah sudah..sape nak membela nak oii..umah ni xde org..sape la nk bg makan minum dia.. susah betul nak pujuk dia lepaskan kotak 2..last2 alihkan perhatian dia kejap, pastu cepat2 letak kat tempat asal..2 pun dgr dia menangis..tp nak wat camne, kang mak kucing cari anak dia lagi susah..sian plak..dah betul2 jadi peribahasa mcm kucing hilang anak...

mia, mama n walid bukan xnk bg ada meow kat umah..tp xde org nk bela syg..tunggu mia besar sikit ye...=))

My Princess

Bukan nak citer pasal puteri kecik kat umah 2..tapi nak citer pasal drama korea yg baru je habis malam tadi.

Setelah sekian lama xlayan citer2 korea ni, MY PRINCESS kembali menjadikan mama mia hantu citer korea..hehehe...itu pun kebetulan tukar2 channel sementara tunggu iklan, sekali teralih 8TV...tgh part kelakar lak..so since that, tetiap hari layan kat tonton.com.my...



dah sampai episod 13, huh..xsabar nak tunggu tetiap hari baru dapat tengok episod baru, apalagi, google la MY PRINCESS..nak tengok online punya pasal..ni semua penangan si Song Seung-Heon n Kim Tae-Hee..oh, tetiba berangan kalau ada rezeki dapat anak lelaki nak mata n kening cam SSH ni...hahaha..berangan x sudah Pn Ecah...

tp plg xboleh blah malam td, saje je nak test en suami kenal ke sape SSH ni..."abg, cam x sape jadi Park Hae Young ni?" dgn confident dia kata.."kenal, hero autumn in my heart" aduhai..camne dia boleh terus kenal..aku punya la memikirkan masa 1st tgk citer ni sape la mamat ni, cam familiar..tp dah lepas bape episod baru boleh ingt dia sape..en iskandar boleh pulak kenal..termalu di situ..budget nak main teka2 ngan dia..xsangka pulak dia tau..hahaha

conclusion, Mmg bagi 5 stars la kat citer ni..SSH sangat sesuai dgn rambut ni n sgt cool okay dalam citer ni..  

Thursday, December 1, 2011

setelah sekian lama....

mmm...dah berzaman barulah blog ni diedit...sebelum ni malas nak godek2 nak design blog..asyik dok blogwalking je...

semoga lepas ni akan selalu rajin update blog..=)

last, nak selit gambar anak dara yg byk sgt 'drama' skrg ni...