salam semua..dah bersawang dah blog ni..lama sgt tuan tanah xupdate apa2...sebab kemalasan melanda nak menaip...huhuhuhu..
sedar xsedar, hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2011...malam ni mesti ramai yg pergi sambut new year, tgk bunga api n countdown bagai..org2 kat shah alam n klang ramai yg dgr2 nak ke i-city..aku?hmm..duduk kat umah je kot...tgk bunga api dari umah je...esok en husband kena keje..xlarat rasanya nak g mana2...
2011..banyak perkara dah berlaku sepanjang tahun ni...pertambahan, pemergian saudara..pertunangan, perkahwinan, pendaftaran..n peningkatan hidup bagi keluarga kami..
Pertambahan
Tahun 2011 menyaksikan pertambahan ahli baru dalam keluarga saudaraku..
Bermula dgn Acap n Kak Ros..baby Najwa Sofea menjadi peneman si abg Najmul Haq..Ajib n Kak Ani, baby boy untuk menjadi geng Fariz..Kak Ude n Cik Odin menyusul dgn kelahiran seorang lagi hero selepas Ammar..dan terbaru Abg Epi n Angah pula dgn heroin memecah trend hero untuk beberapa kelahiran..sepasang sudah anak mereka..
Sebelah abg pulak, kelahiran yang ditunggu2 setelah bebrapa tahun bagi pasangan Ila n Zamri, dgn baby Kyra serta pasangan Kak Ina n Abg Saiful, dgn baby Haikal melengkapkan hidup keluarga mereka kini...Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka, rumah dah xsunyi dgn tangisan bayi..hehehe.. and baru je semalam dapat tahu kak ida n abg shidi dah bagi adik lelaki kat nurin...excited la amoi 2 dapat adik...hehe..now, tunggu turn kak izza abg mie je nak bersalin..
Kawan pulak, Sha, dah selamat melahirkan Adam Mei lepas..Maira dah dapat adik..alhamdulillah dah sepasang jugak anak diorg..Eton pulak dah jadi mak buyung..tunggu due hujung feb 2012 je...pae pun sama..tp xpernah jumpa lagi dia since dia preggy..camne la rupa exhousemate aku 2..semoga kedua2 mereka selamat melahirkan anak..
Pemergian
Xramai yang aku ingt..tapi sedara terdekat, arwah Tok Ucu n Tok Uda meninggal selang beberapa hari sahaja sewaktu raya lepas..dah xade atuk lagi sebelah mak abang...sebelah abah pulak, yg lagi mengejutkan apabila mendapat berita pemergian arwah kak lilik anak mak long..xsempat mengenali arawah sgt..sepnjg perkenalan dgn abg, kalau xsilap xsampai 5 kali pun kitorg jumpa..semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah..
Pertunangan & Perkahwinan
Awal 2011, masa cuti CNY, ica, sepupuku melangsungkan pertunangan dgn pilihan hati dari terengganu, en ikhwan..dan baru sahaja melangsungkan walimah mereka cuti Krismas yang lepas..ops, baru perasan, 2-2 majlis masa cuti perayaan..hehehe
Pae n Jepp pula selamat diijabkabulkan Mei lepas...sempat jugak smpai majlis diorg walaupun xsempat nak jumpa ex-sek 6..
Dayah n Rey pulak diikat pada Januari dan selamt disatukan 9 disember lepas..sorry 4 not able to attend ur wedding dear..it's so happen dat i don't have any leave n at d same time mia had fever until she had no voice..
Semoga korg semua sentiasa bahagia smpai ke syurga dan dikurniakan cahaya mata sebagi penyeri rumah tangga...=)
Pendaftaran
Mula dgn Kamil..lepas dapat result PMR hari 2, alhamdulillah adik bongsuku dapat tawaran ke SBPI Selandar...sib baik budak mamat ok kamil nak masuk hostel...aktif betul budak 2 masuk sbp..
Budak ct nyomah2 pulak meneruskan pengajian asasi Tahun kedua dia kat UM selepas setahun di kelantan..sangat ramai org yg mendaftar hari 2 ok..sbb budak2 PASUM pun mendaftar pada hari yang sama..lama betul tunggu..budak ni lagi la..dah duduk kat UM, busy semendang..ada je aktiviti nak dijoin dia..
Percutian
tahun ni kira dua kali la pergi bercuti relakskan minda, mengeratkan silaturrahim..1st pergi pertengahan bulan tujuh hari 2 dgn family belah aku..keluarga zaid supiah (my atuk2)..even xsemua dapat join tp xpe..Hutan lipur Sg Tua jadi sasaran..bbq n mandi air terjun..xpuas lagi, lepas kat sana, family kitorg smbg ke Sg Ulu Kalong, mandi air sungai pulak..short but enjoyable trip..
cuti awal muharram, hujung bln 11, family sebelah abg pulak, (keluarga Muhamed), bercuti-cuti Malaysia kat Pahang..destinasi dituju adalah Gambang Waterpark..saje la sempena cuti sekolah, bawak anak2 main air..kat sini agak xpuas sebab anak dara 2 takut air..mama yg suka main air ni terpaksa la tgk je org main air..the next day plak, otw balik boleh pulak singgah air terjun Janda Baik sbb ada yg mencadangkan ke air terjun...kitorg pilih Janda Baik sbb tempat 2 dalam perjalanan kitorg balik je..so xde la nak kuar masuk jauh2..n jimat masa..


tahun ni jugak, mia genap setahun...mama dia nak sgt wat majlis sambutan hari lahir dia..so plan la dgn en husband n family semua 4 the day..jemputan xdelah ramai sgt...tp xmenang tangan jugak nak layan tetamu..puas hati sebab semua masak sendiri except 4 the bday cake n cupcake...mia pulak agak kejutan budaya sikit tgk org ramai2..asyik nak berkepit je..tp bila dah malan excited tgh hadiah dia mcm2..hehe..thanks tuk semua yg hadir n juga hadiah tuk si kecik 2...
satu lagi benda..teringat pulak, tahun ni mamat menduduki SPM..dia sorg je yg ada pekse besar tahun ni...dan bebrapa bulan sebelum SPM, tangan dia patah sebab terjatuh waktu main futsal..dah bersimen tgn dia..pas2 kena pantang makan semua..alhamdulillah, sempat baik sebelum SPM..kalo x, haru jugak nak jawab SPM kalo tgn xbaik lagi..
itu je kot yg ingt untuk diceritakan utk tahun ni..semoga 2012 akan menjadi lebih baik bagi kita semua..amin...peace yaww...